BERITA TERKINI

[5]

Hello Dunia!

Hari ini, hari pertama di tahun baru. *Selamat Tahun Baru!* Bermacam-macam azam baru yang didengari (tak kurang juga yang lama diulangi). Kami disini juga tidak ketinggalan - azam untuk memperkayakan artikel atau sumber rujukan berkenaan dunia teknologi dan pengaturcaraan komputer (computer programming) dalam Bahasa Malaysia, sepenuhnya.


Sebagai permulaan, mari kita terokai apakah signifikasi "Hello, World" ini dalam dunia pengaturcaraan komputer. Pergilah ke mana sahaja laman pengaturcaraan, anda pasti akan kerap ketemu ungkapan ini. "Hello, World!" seringkali digunakan untuk mengeluarkan output bagi siri arahan berkod (program) ringkas bagi sesuatu bahasa pengaturcaraan (programming language). Ianya seakan satu tradisi untuk mengeluarkan output 'Hello World' pabila menaip program pertama! Program ringkas sebegini dengan mudah mempamerkan sintaksis (syntax) dan struktur program sesuatu bahasa pengaturcaraan.

Koleksi lebih daripada 500++ program "Hello, world!" boleh didapati di sini: The Hello World Collection
Hello Dunia! Hello Dunia! Reviewed by Hazwana on Januari 01, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan :

Admin